Notis Penting Berkenaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (CJP)

Notis Penting: Cukai Jualan & Perkhidmatan (CJP/SST) ke atas Sewa Mesin Penyalin Mulai 1 Sept 2025

Dimaklumkan bahawa bermula 1 September 2025, Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (CJP/SST) melalui kenyataan media bertarikh 9 Jun 2025.

Caj Sewaan Mesin Penyalin Tertakluk SST 8%

Sehubungan itu, semua caj berkaitan perkhidmatan sewaan / pajakan mesin penyalin (fotostat) akan dikenakan CJP/SST pada kadar 8% mengikut garis panduan rasmi yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Perubahan ini adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk memperluaskan skop percukaian dan akan berkuat kuasa terhadap semua pelanggan mulai tarikh tersebut.

👉 Maklumat penuh boleh dirujuk di pautan berikut:
👉 Panduan Rasmi – Rental or Leasing Services (CJP)

Pertanyaan Lanjut

Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan atau penjelasan lanjut mengenai perkara ini, sila hubungi Jabatan Akaun kami di:

📞 03-7784 6488
✉️ account@pmgroup.com.my

Kami menghargai pemahaman serta sokongan anda dalam memastikan pematuhan kepada pelaksanaan cukai yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

mesin penyalin

Kesimpulan

Mengurangkan kos operasi adalah matlamat utama bagi kebanyakan perniagaan, dan dengan memilih mesin penyalin yang efisien, anda boleh mencapai penjimatan yang signifikan. Sama ada anda memilih untuk membeli atau menggunakan perkhidmatan penyewaan, pastikan anda mendapatkan sebutharga terbaik dan mengoptimumkan penggunaan mesin penyalin anda. Untuk menikmati pakej Madani yang istimewa, sila hubungi kami melalui WhatsApp atau email.

Untuk mendapatkan sebutharga percuma, sila hubungi atau WhatsApp kami di +60 12-210 3385 sekarang!

Scroll to Top