Sertai Pasukan Kami di Purnama Mahir dan sama-sama kita memacu industri penyewaan mesin fotostat ke tahap yang lebih tinggi!

Bina Kerjaya Bersama PM Group

Sertai pasukan kami di Purnama Mahir dan berkembang bersama dalam industri penyewaan mesin fotostat.

bina kerja bersama pmsb
sertai kami

Kenapa Sertai Team Kami?

Di Purnama Mahir, kami percaya pekerja adalah nadi syarikat. Kami menyediakan persekitaran kerja yang positif, stabil, dan saling menyokong antara satu sama lain. Jika anda seorang yang komited, bermotivasi tinggi, dan ingin membina kemahiran praktikal dalam industri ini, kami mengalukan kedatangan anda untuk berkembang bersama kami!

Kekosongan Jawatan Terkini

IT Network Executive / Technician

Menguruskan pemasangan rangkaian (network setup) mesin penyalin, menyelesaikan masalah konfigurasi IT pelanggan, serta melakukan penyelenggaraan dan pembaikan teknikal pada mesin.

Syarat Kelayakan

  • Kelulusan sekurang-kurangnya Diploma / Sijil dalam bidang IT, Sains Komputer, Kejuruteraan, atau yang berkaitan.
  • Mempunyai kenderaan sendiri (motostikal / kereta) untuk tugasan luar (on-site).
  • Latihan intensif disediakan bagi yang tiada pengalaman.
it technician
sales executive

Sales Executive

Mencari pelanggan baharu untuk perkhidmatan sewa beli mesin penyalin, menguruskan kontrak jualan, dan membina hubungan baik dengan pelanggan syarikat.

Syarat Kelayakan

  • Kelulusan sekurang-kurangnya SPM / Diploma dalam apa-apa bidang.
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dan minat dalam bidang jualan.
  • Mempunyai kenderaan sendiri untuk berjumpa dengan pelanggan.

Cara Memohon

Sila hantarkan resume terkini (format PDF) berserta gambar pasport yang jelas ke emel sales@pmgroup.com.my

(Sila nyatakan tajuk emel mengikut format: Permohonan Jawatan – [Nama Anda])

FAQ- Kerjaya Purnama Mahir

Adakah permohonan terbuka ini mempunyai had tempoh sah?

Tidak. Kami sentiasa menerima resume daripada bakat baharu sepanjang masa. Profil dan resume anda akan disimpan dalam pangkalan data kami dan akan disemak semula sekiranya terdapat kekosongan yang sepadan dengan kemahiran anda.

Pihak pengurusan kami akan menyaring semua resume yang diterima. Hanya calon yang disenarai pendek (shortlisted) sahaja akan dihubungi untuk sesi temuduga dalam masa 1 hingga 2 minggu.

Pejabat utama kami terletak di Petaling Jaya, Selangor. Skop tugasan luar (on-site) pula adalah mengikut kawasan liputan servis pelanggan syarikat kami.

Ya. Kami sangat mengalukan pelajar diploma atau ijazah yang ingin menimba pengalaman praktikal bersama kami. Sila nyatakan “Permohonan Internship” pada tajuk emel anda semasa menghantar resume.

Scroll to Top